Monday 12 November 2012

LATIHAN

Tuliskan betul atau salah.

1. Hukum beriman kepada Malaikat ialah wajib   ----------------.

2. Allah menciptakan Malaikat daripada tanah.   -----------------

3. Surah Al-Fatihah adalah dalil kewujudan Malaikat. ---------------

4.Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. ----------------.

5. Malaikat sentiasa taat kepada Allah. --------------------.

6.Kita diharuskan beriman dengan 10 nama Malaikat. -----------------.

7. Surah Al-Baqarah ayat 285,dalil nakli kewujudan Allah . --------------------





SELAMAT MENJAWAB & SELAMAT MAJU JAYA.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

AKTIVITI PELAJAR ( KUMPULAN )

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.


Kumpulan 1
-Menamakan 10 nama Malaikat yang wajib diketahui di papan hitam.



Kumpulan 2.
- Menamakan tugas-tugas Malaikat mengikut 10 nama Malaikat yang wajib diketahui.


Jawapan murid.


1.Jibril - Menyampaikan wahyu.
2. Mikhail - Memberi rezeki.
3. Israfil - Meniup Sangkakala.
4.Izrail- Mengambil nyawa.
5.Munkar-Menyoal di dalam kubur.
6.Nakir- Menyoal di dalam kubur.
7.Raqib - Mencatat perbuatan baik.
8.Atid - Mencatat perbuatan jahat.
9.Malik -Menjaga neraka.
10.Ridzuan - Menjaga syurga.

DALIL BERKAITAN KEWUJUDAN MALAIKAT

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 285:
Maksudnya, semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatnya, dan kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya.


Sunday 11 November 2012

KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

1) Berakhlak mulia
2) Taat kepada perintah Allah s.w.t
3) Ikhlas melakukan amal kebaikan
4) Iman bertambah mantap
 5) Bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t


PERBEZAAN SIFAT MALAIKAT DENGAN MANUSIA





Sifat Malaikat
1) Tiada nafsu
2) Bukan lelaki dan bukan perempuan
3) Tidak berkahwin
4) Semua taat kepada Allah s.w.t              
                                                      5) Tidak makan, minum dan tidur

Sifat Manusia
1) Mempunyai nafsu
2) Ada lelaki dan perempuan
3) Berkahwin
4) Ada yang taat dan ada yang ingkar
5) makan, minum dan tidur

TUGAS-TUGAS MALAIKAT

Tugas-tugas malaikat yang kita perlu ketahui:
1) Jibril -  menyampaikan wahyu
2) Mikail - memberi rezeki
3) Israfil - Meniup Sangkakala.
4 ) Izrail - Mengambil nyawa.
5 ) Munkar- menyoal di dalam kubur.
6 ) Nakir - Menyoal di dalam kubur.
7) Raqib - mencatat perbuatan baik.
8 ) Atid - Mencatat perbuat jahat.
9 ) Malik - Menjaga Neraka.
10 ) Ridwan - menjaga Syurga.



AKIDAH: PENGERTIAN MALAIKAT




Malaikat ialah makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya (nur) . Kita sebagai seorang mukmin wajib untuk beriman dengan kewujudannya. Bilangan malaikat tidak terkira banyaknya. Kita wajib mengetahui 10 nama malaikat.